Blog

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐒𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐋𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐒𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐋𝐏 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚

Pada 13 Disember 2024 (Jumaat) jam 10.00 pagi, telah diadakan mesyuarat dalam talian antara TSB yang diwakili oleh TS Mat Setia Mohd Raji dan pihak ILP Selandar yang diketuai oleh TS Rostam, Pengarah ILP Selandar bersama kakitangan beliau.
Mesyuarat ini diadakan susulan lawatan kerja TSB ke ILP Selandar baru-baru ini, dalam usaha mewujudkan kerjasama latihan TVET serta program OSHC di kalangan pemain industri, khususnya di sekitar Selandar dan Melaka amnya. Selain itu, TSB juga akan membantu ILP Selandar dalam melaksanakan kursus-kursus yang diperlukan oleh industri tempatan serta program-program kemaskini teknologi bagi pegawai PLV & PPLV ILP Selandar.
Semoga perbincangan yang diadakan secara dalam talian ini membawa kejayaan bersama dalam usaha melahirkan tenaga mahir negara yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 207,432

Portal Dikemaskini

  • | Wednesday 09 September 2026, 02:20:22.