๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ท๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐บ๐ฝ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐๐ถ ๐๐๐ฟ๐๐๐ '๐ข๐ฐ๐ฐ๐๐ฝ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ฆ๐ฎ๐ณ๐ฒ๐๐ & ๐๐ฒ๐ฎ๐น๐๐ต ๐๐ผ๐ผ๐ฟ๐ฑ๐ถ๐ป๐ฎ๐๐ผ๐ฟ
11 Mac 2025 - Sesi kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia. Dalam pertemuan tersebut, Syarikat Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) telah mencadangkan Program Persijilan Kompetensi Kursus 'Occupational Safety & Health Coordinator' kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Sesi perbincangan turut melibatkan Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai berkaitan dalam bidang latihan TVET. Perbincangan berlangsung dengan baik, dan diharapkan dapat memberi impak positif dalam menambah nilai kebolehpasaran graduan ILJTM untuk mendapatkan pekerjaan.