𝗧𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱. 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗜𝗟𝗣 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁
Tatacara Sdn. Bhd., selaku rakan kolaborasi latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Kuala Langat, telah diberi penghargaan atas usaha menyantuni pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat yang akan menjalani latihan industri sebagai sebahagian daripada keperluan latihan mereka.
Satu sesi taklimat kepada para pelajar telah disampaikan oleh Ts. Mat Setia Mohd Raji bersama Puan Azmanira Ismail daripada Tatacara Sdn. Bhd. dalam usaha memberikan pendedahan awal berkenaan pelaksanaan latihan industri.
Dalam sesi tersebut, para pelajar dinasihati agar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menerima cabaran beralih daripada alam pembelajaran ke alam pekerjaan. Mereka turut diberikan panduan dan tips dalam memilih serta menentukan industri yang sesuai dengan bidang latihan yang diikuti di ILP, di samping memahami kehendak dan ekspektasi majikan dalam menerima pelatih industri.
Di akhir sesi, para pelajar disarankan agar menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh latihan industri, mengambil peluang untuk menonjolkan potensi diri, dan seterusnya berusaha agar ditawarkan pekerjaan tetap selepas tamat latihan.