Program Latihan Pembangunan Perniagaan Kursus Product Branding (Siri 2) pada 11-12 November 2023 di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.
Seramai 45 orang peserta menyertai kursus ini. Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan berkaitan penjenamaan sesuatu produk dan perkhidmatan. Kursus penjenamaan ini menyediakan pelbagai slot seperti pengenalan, kepentingan, langkah penjenamaan dan kajian kes. Kursus ini juga menyediakan latihan praktikal untuk para peserta.