8 Disember 2025 - satu sesi perbincangan dan penerangan telah diadakan bersama pegawai dari HRD Corp
mengenai aliran proses yang perlu diikuti untuk melaksanakan latihan serta prosedur tuntutan bagi kursus-kursus yang layak untuk dituntut melalui HRD Corp, khususnya di bawah program HRD Corp Claimable Courses (SBL-Khas). Sesi ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada semua pihak yang terlibat mengenai syarat-syarat, langkah-langkah, dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam usaha memaksimakan manfaat daripada program latihan yang disediakan oleh HRD Corp. Diharapkan, melalui perkongsian ini, Tatacara Sdn Bhd dapat memperoleh panduan yang jelas untuk mempermudah proses tuntutan dan pelaksanaan latihan di masa hadapan.