Alhamdulillah, satu detik bersejarah telah tercipta di pejabat Tatacara Sdn Bhd, 4 April 2026. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Dr. Lily serta delegasi dari Universiti Utara Malaysia sempena Majlis Perasmian Pusat Sehenti Alumni UUM (Putrajaya). Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh alumni UUM (Pn. Azmanira Ismail, Alumni 2008), Tatacara Sdn Bhd sangat komited untuk memberi sokongan penuh kepada universiti. Pusat Sehenti ini bakal berfungsi sebagai:
- Hab Engagement: Lokasi pertemuan dan perbincangan buat para alumni di kawasan Putrajaya.
- Pusat Latihan: Platform untuk program bimbingan, latihan, serta pemerkasaan kemahiran buat pelajar dan graduan UUM.
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran lebih 65 orang alumni daripada pelbagai latar belakang dan generasi—dari batch perintis 1988 sehinggalah graduan muda batch 2023. Kehadiran VVIP dan tokoh-tokoh hebat seperti Prof. Dato' Mohd Foad Sakdan, Dato' Sri, Dato' Seri, serta wakil-wakil persatuan alumni membuktikan solidariti keluarga besar UUM sangat luar biasa.
Kami di Tatacara ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Lily atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi hadir dan menikmati hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Jenahak serta juadah Aidilfitri yang disediakan.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan kolaborasi antara alumni dan universiti di masa hadapan.
"Reminiscing the Past, Embracing the Future"