TATACARA SDN BHD : HAB BAHARU ALUMNI UUM DI PUTRAJAYA

 
Alhamdulillah, satu detik bersejarah telah tercipta di pejabat Tatacara Sdn Bhd, 4 April 2026. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Dr. Lily serta delegasi dari Universiti Utara Malaysia sempena Majlis Perasmian Pusat Sehenti Alumni UUM (Putrajaya). Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh alumni UUM (Pn. Azmanira Ismail, Alumni 2008), Tatacara Sdn Bhd sangat komited untuk memberi sokongan penuh kepada universiti. Pusat Sehenti ini bakal berfungsi sebagai:
 
  • Hab Engagement: Lokasi pertemuan dan perbincangan buat para alumni di kawasan Putrajaya.
  • Pusat Latihan: Platform untuk program bimbingan, latihan, serta pemerkasaan kemahiran buat pelajar dan graduan UUM.
 
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran lebih 65 orang alumni daripada pelbagai latar belakang dan generasi—dari batch perintis 1988 sehinggalah graduan muda batch 2023. Kehadiran VVIP dan tokoh-tokoh hebat seperti Prof. Dato' Mohd Foad Sakdan, Dato' Sri, Dato' Seri, serta wakil-wakil persatuan alumni membuktikan solidariti keluarga besar UUM sangat luar biasa.
 
Kami di Tatacara ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Lily atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi hadir dan menikmati hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Jenahak serta juadah Aidilfitri yang disediakan.
 
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan kolaborasi antara alumni dan universiti di masa hadapan. 🤝"Reminiscing the Past, Embracing the Future"

Kursus OSH-C di Le Méridien Putrajaya

Kursus  Occupational Safety & Health Coordinator (OSH-C) anjuran Tatacara Sdn. Bhd telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang memberangsangkan, bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan peranan OSH Coordinator, pematuhan Akta serta aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • 13–15 Februari 2026
  • Le Méridien Putrajaya
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di tempat kerja masing-masing.

Kursus Kerja Elektrik & Pematuhan Keselamatan

Kursus Kerja Elektrik & Pematuhan Keselamatan anjuran Tatacara Sdn. Bhd. Kursus ini telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 16 orang peserta, bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan kerja elektrik, pematuhan Akta serta aspek keselamatan di tempat kerja.

🗓 7–8 Februari 2026
📍 Moxy Hotel, Putrajaya
🎓 20 CCD CIDB | 💼 HRDC Claimable

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di tempat kerja masing-masing.

Kursus OSH-C di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kursus OSH-C anjuran Tatacara Sdn. Bhd.
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • 9–11 Januari 2026

Peserta didedahkan dengan ilmu dan amalan terbaik dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) melalui sesi pembelajaran yang interaktif dan berfokus kepada keperluan industri. Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di tempat kerja masing-masing.

Kursus E-Perolehan UUM 2025

​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pada 19 & 20 Disember yang lalu, telah berlangsung satu program yang sangat signifikan bagi pembangunan kemahiran mahasiswa kita, iaitu Kursus E-Perolehan.
 
​Di zaman yang serba digital ini, memahami sistem perolehan kerajaan bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan—terutamanya bagi pelajar yang mempunyai visi untuk menjadi usahawan atau pemain industri yang hebat suatu hari nanti. Selama dua hari, para peserta telah didedahkan secara mendalam mengenai pengurusan pembekal, penyelenggaraan katalog, serta seluk-beluk proses tender melalui sistem ePerolehan (eP) yang terkini. ​Tahniah Mahasiswa UUM! Syabas diucapkan kepada semua pelajar UUM yang telah meluangkan masa hujung minggu mereka. Kesungguhan anda untuk 'menambah nilai diri' dan keluar dari zon selesa adalah langkah pertama ke arah kerjaya yang cemerlang. Sekalung Penghargaan & Terima Kasih. Kejayaan program ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan dedikasi barisan pendidik serta pentadbir yang komited. Jutaan terima kasih diucapkan kepada:

  1. ​Prof. Dr. Halimah Abdul Manaf (SOG)
  2. Dr. Low Kah Choon (SOG)
  3. Dr. Zuliana Azwa Zulkifli (SOG)
  4. Dr. Norzalila Jamaludin (SBM)
  5. Puan Nur Farah Johari (CDGEC, HEP)

​Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh Trainer Shaharudin bin Zakaria juga sangat luar biasa. Beliau bukan sahaja mengajar teknikal, malah memberi inspirasi tentang realiti dunia perniagaan sebenar. Kerjasama Strategik Program ini merupakan anjuran Tatacara Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Unit Kerjaya HEP, UUM. Kami amat menghargai inisiatif Unit Kerjaya yang telah menaja sepenuhnya yuran penyertaan pelajar, membolehkan mereka mendapat pensijilan premium yang bernilai tinggi secara percuma!
 
​Semoga segala input, kemahiran penyediaan proposal, dan keyakinan diri yang dibina sepanjang kursus ini menjadi bekal berharga buat semua peserta saat melangkah ke alam kerjaya kelak.
 
​Jumpa lagi di program akan datang! 🚀
 

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 206,807

Portal Dikemaskini

  • | Monday 25 May 2026, 12:44:17.