10 Mac 2025 - 𝗞𝗼𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗶𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗧𝗦𝗕 & 𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿
Perbincangan kolaborasi antara Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) dan ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan pada 10 Mac 2025 di TSB, Precinct 15, Putrajaya.
Perbincangan ini menumpukan kepada kerjasama dalam latihan TVET bagi bidang ICT serta pelaksanaan program dan aktiviti latihan teknikal untuk pelajar serta tenaga pengajar. Kerjasama strategik ini akan dimeterai melalui pemeteraian dokumen persefahaman antara kedua-dua pihak dalam masa terdekat.