MENGINSPIRASI MASA DEPAN TVET DENGAN KECERDASAN BUATAN (AI)

​Tatacara Sdn Bhd dengan bangganya telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pemantapan Ekosistem TVET yang berlangsung selama 3 hari bermula 26 hingga 28 Ogos 2026 di KSL Esplanade Hotel, Klang.
 
​Bengkel berimpak tinggi ini menghimpunkan para Pengarah Institusi Kemahiran Belia dan Negara (IKBN/IKTBN) serta pegawai-pegawai kepimpinan dari Ibu Pejabat Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
 
​Objektif & Fokus Utama Bengkel:
  1. ​Pendedahan Teknologi AI: Mendedahkan aplikasi AI terkini dalam pengurusan dan penyampaian latihan TVET.
  2. ​Pemantapan Ekosistem: Mengintegrasikan strategi berasaskan AI bagi memperkasakan kecekapan serta mutu pendidikan kemahiran.
  3. ​Kolaborasi Strategik: Mewujudkan ruang perbincangan dan pertukaran idea antara pimpinan institusi dan kementerian.
​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh kepimpinan KBS dan pengarah-pengarah institusi yang hadir memberi komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung. Semoga ilmu serta strategi yang dibina dapat memacu ekosistem TVET negara ke tahap yang lebih tinggi dan bersedia mendepani cabaran era digital!
 

Kursus OSH-C di KSL Esplanade Hotel

Selesai sudah Kursus OSH-C anjuran Tatacara Sdn. Bhd. di KSL Esplanade Hotel yang berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2026!.

Seramai 22 peserta dari ILKBS seluruh negara telah berkumpul untuk mendalami ilmu dan amalan terbaik Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH). Melalui sesi interaktif yang fokus kepada keperluan industri, semua peserta pulang dengan input yang mantap.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua peserta atas komitmen luar biasa anda sepanjang tiga hari ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat terus dimanfaatkan demi keselamatan di tempat kerja masing-masing!

Kursus OSH-C di Universiti Utara Malaysia (UUM)

 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta Kursus OSH-C anjuran Tatacara Sdn. Bhd.!
Melalui sesi pembelajaran yang interaktif dan berfokus kepada keperluan industri, para peserta telah didedahkan dengan ilmu serta amalan terbaik dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH).
 
Lokasi: Universiti Utara Malaysia (UUM)
Tarikh: 12–14 Jun 2026
 
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama luar biasa yang telah diberikan sepanjang kursus tiga hari ini berlangsung. Kami percaya para peserta kini bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ejen perubahan yang bakal menerajui standard keselamatan tertinggi di organisasi masing-masing.
 
Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan baik demi mentransformasikan persekitaran kerja yang sifar hazard, sihat, dan produktif.
 
Maju bersama industri yang mampan!
MELANGKAH KE HADAPAN DEMI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Kursus Penjenamaan Produk di Hotel Iconic, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Alhamdulillah, Program Latihan Pembangunan Perniagaan: Kursus Penjenamaan Produk telah berlangsung dengan jayanya pada 15 - 17 Mei 2026 bertempat di Hotel Iconic, Bukit Mertajam, Pulau Pinang!.
 
Program intensif selama 3 hari 2 malam ini merupakan inisiatif anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik TSB, direka khas untuk memperkasakan dan memantapkan lagi jenama usahawan-usahawan tempatan kita. 
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu 'mahal' dan praktikal, antaranya:
 
  • Modul Teras Penjenamaan: Asas penjenamaan, analisis pesaing, identiti visual (logo), dan matriks diagnostik bedah jenama.
  • Lawatan Kerja: Perkongsian ilmu di Kilang Teknologi Percetakan, ADTEC JTM Nibong Tebal untuk melihat sendiri anatomi pembungkusan pintar! 
  • Strategi Pasaran: Penjenamaan digital, strategi tradisional & O2O (Online to Offline).
  • Simulasi & Pitching: Persediaan menghadapi krisis jenama dan sesi pembentangan jenama (pitching) yang sangat mendebarkan!
 
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rohaizi Bin Bahari, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Syarikat Dan Jualan Langsung (BPPSJL), KPDN. 
 
Tahniah kepada semua peserta yang komited dari hari pertama hingga ke saat akhir. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi batu loncatan untuk jenama anda terbang lebih tinggi dan menakluk pasaran! 
 
Teruskan menyokong inisiatif KPDN & TSB dalam membangunkan ekosistem perniagaan negara. Jumpa lagi di program yang akan datang!

TATACARA SDN BHD : HAB BAHARU ALUMNI UUM DI PUTRAJAYA

 
Alhamdulillah, satu detik bersejarah telah tercipta di pejabat Tatacara Sdn Bhd, 4 April 2026. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Dr. Lily serta delegasi dari Universiti Utara Malaysia sempena Majlis Perasmian Pusat Sehenti Alumni UUM (Putrajaya). Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh alumni UUM (Pn. Azmanira Ismail, Alumni 2008), Tatacara Sdn Bhd sangat komited untuk memberi sokongan penuh kepada universiti. Pusat Sehenti ini bakal berfungsi sebagai:
 
  • Hab Engagement: Lokasi pertemuan dan perbincangan buat para alumni di kawasan Putrajaya.
  • Pusat Latihan: Platform untuk program bimbingan, latihan, serta pemerkasaan kemahiran buat pelajar dan graduan UUM.
 
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran lebih 65 orang alumni daripada pelbagai latar belakang dan generasi—dari batch perintis 1988 sehinggalah graduan muda batch 2023. Kehadiran VVIP dan tokoh-tokoh hebat seperti Prof. Dato' Mohd Foad Sakdan, Dato' Sri, Dato' Seri, serta wakil-wakil persatuan alumni membuktikan solidariti keluarga besar UUM sangat luar biasa.
 
Kami di Tatacara ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Lily atas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang sudi hadir dan menikmati hidangan istimewa Asam Pedas Ikan Jenahak serta juadah Aidilfitri yang disediakan.
 
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan dan kolaborasi antara alumni dan universiti di masa hadapan. 🤝"Reminiscing the Past, Embracing the Future"

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 207,431

Portal Dikemaskini

  • | Wednesday 09 September 2026, 02:20:22.