ย
Pada petang ini pihak Tatacara Sdn Bhd dan ILP Kuala Langat telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama rakan - rakan industri iaitu Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP PPS SALES Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. untuk kerjasama seminar Technology Update.
Perjumpaan ini merupakan perbincangan awal bagi penganjuran bersama seminar teknologi update antara Tatacara Sdn Bhd bersama ILP Kuala Langat dan rakan - rakan industri yang dirancangkan pada bulan Julai yang akan datang.
Terima kasih kepada ILP Kuala Langat, Canon (Malaysia) Sdn. Bhd., Bigstar Optoelectronic (M) Sdn Bhd., HP PPS SALES Sdn. Bhd, H3C Malaysia, dan Teleplex Solutions Sdn. Bhd. , Semoga kerjasama yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan bermanfaat untuk kesemua pihak.