KURSUS PERSIJILAN KOMPETENSI OSHC UNTUK TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL | Hotel Oriental Crystal, Kajang

Kursus Persijilan Kompetensi Occupational Safety and Health Course (OSHC) yang telah berlangsung pada1 hingga 4 Julai 2025 di Hotel Oriental Crystal, Kajang, khusus untuk tenaga pengajar Kolej Vokasional (KV) dalam bidang Landskap dan Pertanian. Kursus ini bukan sahaja akan memberi pendedahan mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) secara umum, malah turut akan menekankan aplikasi OSHC dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi bidang landskap dan pertanian. 

🌱 Kenapa OSHC penting dalam PdP Landskap & Pertanian?

✅ Akan meningkatkan kesedaran terhadap risiko dan bahaya dalam aktiviti luar seperti kerja taman, penggunaan mesin, serta bahan kimia.
✅ Akan memastikan amalan kerja selamat dipraktikkan oleh pelajar dan guru.
✅ Akan menyokong pembangunan tenaga kerja teknikal yang lebih kompeten dan bertanggungjawab.
✅ Akan melahirkan tenaga pengajar yang berupaya mengintegrasikan elemen OSH dalam kurikulum vokasional.

📸 Sepanjang empat hari kursus, para peserta akan menjalani sesi latihan intensif, perbincangan kes, simulasi, serta penilaian bagi memastikan mereka mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan generasi pelajar vokasional yang mahir, berdaya saing, dan mengutamakan keselamatan dalam setiap aspek kerja.

🌿 KURSUS PERSIJILAN KOMPETENSI OSHC UNTUK TENAGA PENGAJAR KOLEJ VOKASIONAL 
📍 Hotel Oriental Crystal, Kajang
📅 1 hingga 4 Julai 2025
👨‍🏫 OSHC Trainer: En. Abd. Rahim Hashim

#OSHC #KeselamatanPekerjaan #KVLandskap #KVPertanian #PendidikanTeknikal #KolejVokasional #OccupationalSafety #KompetensiGuru #TVETMalaysia

Related Articles

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 206,403

Portal Dikemaskini

  • | Monday 23 February 2026, 08:14:34.