Perbincangan Kolaborasi Latihan TVET antara Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) dan Adimega Sdn. Bhd.
Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) dan Adimega Sdn. Bhd. bagi menjajaki peluang kolaborasi dalam bidang latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Wakil TSB:
Ts. Mat Setia Mohd Raji
Pn. Azmanira Ismail
Wakil Adimega Sdn. Bhd.:
En. Abd Hadi
Perbincangan telah memberi fokus utama kepada perkongsian kepakaran dalam pembangunan tenaga pengajar (trainer) merentasi pelbagai bidang TVET. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembangunan kapasiti dan kualiti tenaga pengajar adalah faktor kritikal dalam memperkasa ekosistem TVET negara.
Antara perkara yang turut dibincangkan termasuk:
Peluang kolaborasi latihan dan bengkel peningkatan kemahiran
Pembangunan modul latihan khusus mengikut bidang kepakaran
Potensi kerjasama jangka panjang dalam program pensijilan dan pemantapan pengajar
Perbincangan berjalan dengan lancar dalam suasana yang positif, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan lanjut serta merangka memorandum persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.