Sesi lawatan dan perbincangan antara pihak Tatacara Sdn. Bhd. dan ILP Selandar

Pada 3 Disember 2024, satu sesi lawatan dan perbincangan antara pihak Tatacara Sdn. Bhd. dan ILP Selandar telah diadakan.
Program ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya bagi Program TVET Tahfiz. Antara agenda utama perbincangan adalah kerjasama dalam pelaksanaan Program Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHC) di ILP Selandar.
Selain itu, pihak syarikat turut menawarkan peluang latihan industri kepada para pengajar dan pelajar ILP Selandar. Ini termasuk peluang perkongsian maklumat terkini berkaitan kemajuan teknologi (“technology update”) yang dapat dimanfaatkan oleh pihak institut dalam meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.
Dalam sesi tersebut, pihak Tatacara Sdn. Bhd. diwakili oleh Ts. Mat Setia Mohd Raji dan Pn. Azmira Ismail. Turut hadir ialah Ts. Tuan Haji Fatah dan Ts. Syahril Azli, yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Sesi lawatan dan perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing di masa hadapan.

Related Articles

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 206,404

Portal Dikemaskini

  • | Monday 23 February 2026, 08:14:34.