Sesi lawatan dan perbincangan ringkas dengan ADTEC MELAKA

Pada 3 Disember 2024, satu sesi lawatan dan perbincangan ringkas telah diadakan bersama Ts. Dr. Azli, Timbalan Pengarah (Latihan) ADTEC Melaka.
Walaupun lawatan ini dilakukan tanpa temu janji rasmi, pihak ADTEC Melaka dengan mesra menyambut dan melayani delegasi daripada Tatacara Sdn. Bhd.
Perbincangan tersebut tertumpu kepada usaha menjalin kerjasama strategik dalam bidang latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Perbincangan ini diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk berganding bahu dalam memperkukuhkan sektor latihan teknikal di negara ini serta mewujudkan program-program yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak industri.
Ucapan penghargaan diucapkan kepada pihak ADTEC Melaka atas kesediaan dan sokongan terhadap kerjasama ini.

Related Articles

Informasi

TATACARA  SDN.  BHD.  (TSB)
No. 8, Jalan Kedah P15, Presint 15,
62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Jumlah Pelawat

Total: 206,404

Portal Dikemaskini

  • | Monday 23 February 2026, 08:14:34.