𝗞𝗼𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗧𝗮𝘁𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱. 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗨𝗠) 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
14 Februari 2025 - Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalinkan kolaborasi dalam penghasilan sebuah buku berkaitan Latihan TVET Negara. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, satu sesi temubual telah diadakan bersama Ts Kamaruzam Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dan Ts Dr. Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara. Sesi temu bual tersebut berlangsung di pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Dalam sesi tersebut, Prof. Madya Dr. Halimah mewakili UUM, sementara TSB diwakili oleh Tuan Setia Mat Raji dan Puan Azmanira Ismail. Kolaborasi ini bertujuan untuk menyumbang kepada perkembangan dan penguatan sistem Latihan TVET di negara ini. #KolaborasiTVET #TatacaraSdnBhd #UUM #JTM #MajlisTVETNegara