11 Mac 2025 - 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 '𝗢𝗰𝗰𝘂𝗽𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗳𝗲𝘁𝘆 & 𝗛𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵 𝗖𝗼𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻𝗮𝘁𝗼𝗿
11 Mac 2025 - Sesi kunjungan hormat ke pejabat YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
Dalam pertemuan tersebut, Syarikat Tatacara Sdn. Bhd. (TSB) telah mencadangkan Program Persijilan Kompetensi Kursus 'Occupational Safety & Health Coordinator' kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).
Sesi perbincangan turut melibatkan Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai berkaitan dalam bidang latihan TVET. Perbincangan berlangsung dengan baik, dan diharapkan dapat memberi impak positif dalam menambah nilai kebolehpasaran graduan ILJTM untuk mendapatkan pekerjaan.