Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH-C) diadakan pada 24-26 Ogos 2024 bertempat di ILP Kuala Terengganu. Seramai 26 orang peserta terdiri daripada pengusaha stesen Petronas di seluruh Terengganu. Kursus OSHC bermula dengan Taklimat Promosi ILP Kuala Terengganu oleh wakil ILPKT. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih lanjut mengenai kursus-kursus dan program latihan yang ditawarkan oleh ILPKT. Peserta diberi maklumat tentang peluang pendidikan dan latihan lanjutan yang boleh mereka manfaatkan selepas kursus ini.
Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tatacara Sdn Bhd di atas kejayaan cemerlang dalam penganjuran Kursus OSH-C yang telah berlangsung di ADTEC Jerantut pada 2- 4 September 2024. Penganjuran kursus ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan peserta. Dengan pelbagai sesi dan perkongsian yang bermakna, program ini pasti memberi impak positif kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk lebih banyak inisiatif yang menyokong keselamatan di tempat kerja. Teruskan usaha yang hebat ini!